Monday, August 3, 2009

Gambar-gambar semasa kursus diMelaka



LAWATAN KEKILANG SILVER BIRD

PUSANITA akan mengadakan lawatan kekilang Silver bird diShah Alam.
Kepada yang berminat sila hubungi Puan Rina 012 7945520

Thursday, June 18, 2009

KURSUS MOTAVASI DIRI

PUSANITA akan mengadakan kursus motavasi diri:-

Tempat: MSN Saujana Asahan
Jasin,Melaka.
Tarikh: 5 ogas 2009 hingga 9 ogos 2009

Berminat hubungi urusetia:

Puan Rina 0136441677

Monday, March 23, 2009

PROGRAM KEUSAHAWANAN

PUSANITA akan mengadakan seminar keusahawan.Berminat sila hubungi
urusetia PUSANITA
Puan Rina 010 2215294 atau email pusanita@gmail.com

Tuesday, April 29, 2008

BERMINAT MENJADI AHLI

Hubungi:

No. 29-2 Jalan Permaisuri 8
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91727742 Fax: 03-91728358
mobile: 012 2959699
email : pusanita@gmail.com

PUSANITA

PENGENALAN

SEJARAH

Pertubuhan Usahawan Wanita Kuala Lumpur (PUSANITA) ditubuhkan pada tahun 2005 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita berbilang kaum yang aktif dalam pelbagai perniagaan.

KESTIMEWAAN MENYERTAI PUSANITA:

Dapat menyertai agenda tahunan yang akan diadakan oleh PUSANITA.

Seminar-seminar berunsurkan motivasi,strategi perancangan perniagaan, belanjawan perniagaan dan latihan.

Bengkel ilmiah dan Qiamullai.

Lawatan perniagaan dalam dan luar negara.

Mengadakan expo jualan.

Program sempena sambutan Hari Wanita.

Memperluaskan perhubungan perniagaan sesama ahli.

Mengeratkan silaturrahimMenganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.


OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada ahli untuk mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya maju seperti mengadakan laman web, bulletin dan sebagainya dengan mendapat kelulusan dari pihak-pihak tertentu.

Mengalakkan, membangunkan serta mewujudkan hubungan kerjasama dan jaringan maklumat (information network) di kalangan ahli-ahli bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menganjurkan program-program dan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi menambahkan pengetahuan mereka dalam dunia perniagaan.

Menjadi badan penasihat dan membimbing ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan perniagaan.

Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak kerajaan dan badan koporat dalam menjayakan dan malaksanakan dasar-dasarnya.

Boleh bergabung dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan sama, di peringkat negara ataupun antarabangsa.


ASPIRASI

Berusaha mewujudkan pertubuhan yang dapat memimpin usahawan wanita kearah yang berkualiti dengan perkembangan dunia tanpa sempadan,serta sebagai pemangkin kepada ekonomi negara.

Mewujudkan alam perniagaan maya supaya usahawan wanita dapat memasarkan dan memperkenalkan produk-produk mereka secara global.

MISI

Bertekad melahirkan usahawan wanita yang berjaya,berdaya tahan,berdaya maju dan berdaya saing.

Bertekad memberikan kemahiran kepada ahli-ahli melalui program-program latihan,forum,seminar,bengkel dan sebagainya.

Bertekad mewujudkan rangkaian usahawan wanita.

Bertekad membangunkan portal PUSANITA.